sElAmAt dAtAng kE bl0g UngU kU!! ^^v!
Photobucket Photobucket Photobucket

Pages

Friday, February 4, 2011

Alahai ketumbit..

Bangun2 tidur jer aku da rase sakit mata..pelik gak tibe2 jer..
risau bukan kepalang,takut kene bisul jer..
kalau kene bisul kat mate,segan ler nk balik maktab..hahaha
tapi dah jumpe doktor baru la lega sikit sebab dia cakap kena penyakit ketumbit jer..

apa ketumbit tue? 

jawapannya??

jum kita selidik!! heE~^^v




Ketumbit merupakan jangkitan pada pinggir kelopak mata yang mengakibatkan bisul kecil yang berkembang pada bahagian tersebut. Ketumbit boleh dibahagikan kepada ketumbit luaran, iaitu apabila jangkitan berlaku pada folikel-folikel yang terdapat pada bulu mata, atau ketumbit dalaman, iaitu apabila jangkitan berlaku pada kelenjar minyak yang terdapat pada kelopak mata.
Ketumbit kebiasaannya terjadi pada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, orang dewasa juga berkemungkinan untuk mendapat ketumbit, bergantung kepada tahap penjagaan mata mereka.
SEBAB TERJADINYA KETUMBIT..
Ketumbit adalah disebabkan oleh kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata menjadi tersumbat. Kelenjar minyak yang telah tersumbat ini kebiasaannya akan dijangkiti oleh bakteria seperti bakteria Staphylococcus aureus. Penghasilan atau pengumpulan minyak yang berlebihan menyediakan keadaan yang sesuai untuk pembiakan bakteria. Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan kelenjar minyak tersumbat ialah :
* Tekanan
* Pertukaran hormon
* Mengguna peralatan solek yang sama buat satu jangka masa yang lama atau yang telah dijangkiti oleh bakteria
* Diabetis
* Kandungan lemak yang tinggi dalam badan
* Kekurangan vitamin dalam badan 
SIMPTOM2 KETIKA MENGALAMI KETUMBIT..
* Bisul di bahagian atas atau bawah kelopak mata
* Bengkak di sekeliling kelopak mata
* Sakit
* Kelopak mata menjadi merah
* Kelopak mata terasa sakit apabila disentuh
* Mata menjadi pedih
* Mata berair
* Gatal-gatal di kawasan bisul
* Pesakit berasa tidak selesa semasa mengelipkan mata
* Sensitif kepada cahaya yang cerah
RAWATAN?

Pada peringkat awal, dapat dirawat dengan meletakkan antibiotik dan diikuti dengan menuam mata dengan kain yang direndam dalam air suam untuk mengatasi penyumbatan pada kelenjar di kelopak mata.
Ini harus dilakukan sebanyak tiga kali sehari selama seminggu.

Dalam perubatan tradisional,biasanya diletakkan bawang putih yang sedikit dipotong lalu
disapu pada ketumbit 3 kali sehari.InsyaAllah sembuh.

Oooooo..camtuh rupenye..em,tapi ade orang cakap,ketumbit nie datang sebab suke ngintai anak dara orang..aishh..hahaha